19 Jun 2011

Harimau mengaum lagi




SKUAD kebangsaan mempamerkan aksi bertenaga apabila mengalahkan Myanmar 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. 

Seawal minit kelapan, pemain sayap, Harimau Malaya memulakan asakan menerusi hantaran pendek ke belakang oleh Abdul Hadi Yahaya kepada Baddrol Bakhtiar, namun rembatan kencangnya tinggi melewati pintu gol. 

Selang dua minit kemudian, pintu gol Malaysia cemas seketika apabila penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli gagal menangkap kemas hantaran lintang Kyi Lin ke dalam kotak penalti. 

Pada minit ke-21, Malaysia sekali lagi terlepas peluang apabila percubaan Baddrol Bakhtiar tersasar ke sebelah kiri pintu gol Myanmar setelah menyambut sepakan penjuru Ketua Pasukan, Shafiq Rahim sebelum itu. 

Tiga minit kemudian pintu gol Malaysia sekali lagi hampir dibolosi apabila Mohd Sharbinee Allawee gagal membaca tepat hantaran lintang Kyaw Ko Ko namun Helmi Remeli pantas mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya. 

Pada m-28, pemain tengah, Mohd Amirulhadi Zainal menceriakan hampir 15,000 penyokong Malaysia apabila merembat masuk untuk gol pertama Harimau Malaya hasil situasi kelam kabut di depan pintu gol pasu-kan pelawat. 

Tiga minit babak kedua bersambung, pasukan Myanmar terlebih dahulu mencetuskan ancaman berbahaya menerusi percubaan Paing Soe yang menyaksikan rembatannya diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee. 

Namun dua minit kemudian, Harimau Malaya terus selesa apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol kedua menerusi sepakan ‘first timer’ menariknya setelah menyambut baik hantaran lintang oleh Abdul Hadi di dalam kotak penalti. 

Pada m-67, Baddrol terlepas peluang untuk menjadikan kedudukan lebih selesa apabila rembatan jarak dekatnya ditepis keluar penjaga gol Myanmar, Kyaw Zin Htet. 

Ketinggalan dua gol ternyata memberi tekanan kepada anak buah Milan Zibadinovic. Dua peluang terbaik mereka hadir pada m-75 menerusi percubaan Mai Aih Naning yang diselamatkan Mohd Sharbinee Allawee sementara rembatan Min Min Thu tiga minit kemudian pula sedikit melewati pintu gol Malaysia.


SinarHarian

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman