16 Jun 2011

Mat Yo Kembalikan Keceriaan Kelantan


 Perlawanan pada malam tadi dinantikan penuh harapan oleh seluruh penyokong b_250_200_16777215_0_http___a2.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-ash1_168339_1720137056194_1621347098_1601674_4269655_n.jpgKelantan dengan harapan kesebelasan pemain dapat menebus kekecewaan sabtu lepas dan tewas 4-0 pada Perak 12 april lalu. Kesebelasan utama Kelantan mempamerkan semangat juang yang baik dalam mengawal perlawanan dan perancangan Perak dilihat pincang tanpa penyerang senior Akmal Rizal yang terpaksa diusung keluar stadium untuk mendapat rawatan di hospital.
Pada separuh masa pertama Kelantan berjaya mengawal perlawanan, serangan bertali-arus ke gawang Perak, kehebatan penjaga gol Perak berjaya menggagalkan percubaan awal Kelantan. Pada minit ke 25, Norshahrul yang dijatuhkan pemain Perak telah dihadiahkan sepakan penalti namun gagal disempurnakan oleh Norshahrul apabila penjaga gol Perak Nasril Nourdin berjaya membaca arah pergerakan sepakan Norshahrul. Keputusan kekal 0-0.
Pada separuh masa kedua, Norshahrul yang mendapat hantaran cantik Daudsu pada minit ke 52 tidak mensia-siakan peluang apabila merembat cantik menewaskan penjaga gol Perak. Kegembiraan Norshahrul diatas padang tidak lama selepas tercedera dan terpaksa digantikan oleh Ramzul Zahini. Keputusan Kelantan 1-0 Perak kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.
Kini Kelantan terus kekal menghampiri kejuaraan liga biarpun dikejar rapat Selangor yang dibezakan hanya dua mata sahaja dan Terengganu dibezakan tiga mata. Saingan menentang Sabah 6 julai ini menjadi misi penting Kelantan kerana mesti meraih kemenangan atau seri untuk layak digelar juara baru Liga Super sekiranya seri Kelantan perlu menanti jumlah jaringan gol Selangor yang kini 8 gol ditinggalkan Kelantan dan Terengganu yang kini dipisahkan tiga mata akan terpaksa akur jika keputusan di Sabah telah berkesudahan menang atau seri.
b_250_200_16777215_0_http___a8.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_254960_222939527730712_100000439999871_853351_1107033_n.jpgsatu gol Norshahrul yang berharga untuk Kelantan kekal ditahta liga meskipun tidak berjaya membalas jaringan gol ketika kalah di Perak 12 April lalu. Keputusan ini sudah mampu memberi keceriaan kepada seluruh penyokong Kelantan walaupun jumlah kehadiran perlawanan penting malam tadi agak merosot. Terima kasih kepada penyokong yang terus memberi sokongan padu sepertimana dapat dilihat di laman web yang menunjukkan rakan-rakan kita di dalam stadium, di luar Kelantan dan di Kelantan masih gah memakai jersi Kelantan sambil menonton perlawanan secara langsung di kedai-kedai makan mahupun di kawasan yang menyediakan tayangan perlawanan ini.
Sikap cepat putus asa tidak harus ada pada jiwa anak Kelantan, syukur melihat aksi Daudsu pada malam tadi yang bersungguh-sungguh menyusun atur gerakan ke gawang gol tanpa mempedulikan kekecewaan lalu. Perasaan terharu jelas kelihatan pada Daudsu sewaktu meraikan jaringan gol Norshahrul.
Norshahrul pula kini makin hampir mengesahkan dirinya sebagai pemenang kasut emas Liga Super 2011 dengan jumlah jaringan 17 gol. Diharap kecederaan Norshahrul tidak serius dan boleh diturunkan pada 6 julai nanti.
Tahniah kepada wira-wira merah yang sentiasa berusaha melakukan yang terbaik kepada pasukan dan terima kasih kepada penyokong yang tahu menghargai jasa pengorbanan para pemain dan pengurusan KAFA. Semoga kita akan memperoleh kemenangan yang terakhir dan Piala baru dalam bolasepak Kelantan ini. Gomo Kelate Gomo.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo


info :theredwarriors

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman