18 Jun 2011

PAS Kelantan Umum Kabinet Baru

Kota Bharu, 18 Jun - Badan Perhubungan PAS Kelantan yang mengadakan mesyuarat khas pagi ini mengumumkan saf kepimpinan PAS Kelantan yang baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat khas tersebut di Bangunan PAS Kelantan mengumumkan kabinet baru PAS Kelantan dalam satu sidang media di Bangunan PAS Kelantan jam 11 pagi ini.

Kabinet baru tersebut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong, Hj Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang baru bagi menggantikan YB Mohd Zaki Ibrahim. Sementara ADUN Pengkalan Pasir yang juga bekas CEO PKINK, Hj Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari Perhubungan bagi menggantikan Dato' Anuar Tan Abdullah, sementara Ahli Exco yang juga ADUN Temangan, YB Dr Mohamed Fadzli Dato' Hassan kekal sebagai Ketua Penerangan.

Bagi jawatan Timbalan Pesuruhjaya, semua Timbalan Pesuruhjaya sebelum ini kekal dengan YB Dato' Ahmad Yaakob sebagai Timbalan Pesuruhjaya I, Dato' Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya II dan Dato' Mohamad Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Untuk memantapkan jentera Pilihan Raya PAS Negeri, Tuan Guru Nik Abd Aziz turut mengumumkan perlantikan Pengarah JPN yang baru yang menyaksikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusoff dilantik mengetuai Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri bagi menggantikan YB Abd Fatah Haron. Wan Nik sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan.

Sementara itu, anggota Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dilantik terdiri daripada YB Dato' Takiyuddin Hassan, Dr Johari Mat, YB Dato Anuar Tan Abdullah, YB Mumtaz Nawi, Ust Ahmad Fadhli Shaari, Sdr Hisyam Fauzi dan Sdr Hussin Embong.

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman