22 Disember 2011

Dana NFC, kondo: 'Datuk' berusia 45 tahun direman


Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.
  
NONEPerintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur, lapor Bernama.
  
Lelaki itu, yang  dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi.
  
Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.
  
Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.
Sementara itu dalam sidang akhbar di ibupejabat JSJK, polis bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa peniaga yang ditahan semalam mempunyai kaitan dengan projek NFC.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata polis juga belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes NFC.

"Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," tambahnya.

Katanya lagi, suspek yang ditahan di pejabat JSJK pada kira-kira jam 4 petang semalam adalah berhubung "cubaan untuk menyogok beberapa orang pegawai JSJ."

"Bertindak atas maklumat, dia ditahan di pejabat JSJK semalam," katanya.

Diasak wartawan, Syed Ismail juga enggan mengesahkan sama ada suspek terbabit mempunyai kaitan dengan keluarga menteri yang menjalankan projek berkenaan.

"Tengok bin (nama bapa) dia sajalah sama ada sama atau tidak," katanya lagi.

Polis setakat ini telah menyiasat 27 individu, temasuk pegawai daripada kementerian kewangan, kementerian pertanian serta individu yang terlibat memberi perkhidmatan kepada NFC, katanya lagi.

 Salhan K Ahmad

SBPA: JPA, Cuepacs berunding esok

Satu rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs akan diadakan esok bagi menentukan sama ada pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguhkan atau tarikh mengembalikan borang opsyen dilanjutkan.
  
NONEKeputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, yang turut disertai pegawai tertinggi Cuepacs, anggota kesatuan serta wakil daripada JPA.

Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan anggota Cuepacs di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini sebaik selesai bertemu Perdana Menteri, Omar berkata Perdana Menteri mahu isu SBPA diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.
  
"Perdana Menteri berharap isu SBPA mesti dirundingkan bersama-sama antara JPA dan Cuepacs sehingga persetujuan bersama tercapai, barulah ia boleh dilaksanakan," katanya.
  
JPA dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan akan mengadakan perbincangan itu bersama Cuepacs bagi membincangkan segala isu yang dibangkitkan.
- Bernama

Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - POLITIK ISLAM ADA FEQAHNYA

 
Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah :
Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)
Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam  perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.
Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada  kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan  ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.
Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau  ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.
Mafhum  bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khsusnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W.  telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam  yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.
Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan  pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia  juga.
Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.  bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.
Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpehak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walau pun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa  wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam  perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil  dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walau pun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.
Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah  ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.
Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura  pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.
PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya  sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan : kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.
Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.
Perlu diingat, bahawa UMNO yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah ?.
Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya  walau pun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.  Kita wajib  menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.
PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.
(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia , laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.
PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.
Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.


Khadam Perjuangan Islam

Nik Abdul Aziz Nik Mat - Hormati Saluran Parti, Jangan Berikan Peluru Untuk Musuh


Saya ingin memberikan sedikit ulasan berkaitan dengan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat malam semalam yang memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini. Saya menyokong sepenuhnya keputusan ini dan menganggap ia sebagai satu langkah yang terbaik untuk meredakan kemelut yang sedang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selaku Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak. Justeru, dakwaan yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden di dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal PAS adalah merupakan dakwaan yang tidak berasas. Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea Negara Berkebajikan yang disebut oleh Dato Seri Presiden bukannya menggelincirkan PAS dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat Malaysia kepada perjuangan PAS yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan. Dalam hal ini, negeri Kelantan yang telah 21 tahun ditadbir oleh PAS menjadi rekod dan testimoni yang nyata terhadap cita-cita murni PAS ini.

Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti. Selesaikan perselisihan pandangan melalui mekanisme dalaman parti dan tidak memberikan peluru kepada musuh. Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa. Apa yang pasti selepas ribut kecil ini, turunlah hujan yang menyejukkan, insya-allah.

YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh pada : 26 Muharram 1433H bersamaan 22 Disember 2011M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan

Padah bawa pedang dalam kereta


KOTA BHARU –Tindakan seorang mekanik membawa bersama sebilah pedang di dalam keretanya Oktober lalu membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Ahmad Zaidy Abd Majid, 34 dari Taman Makmur, Kok Lanas di sini, didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah bengkel kereta di Kampung Kedai Mulong di sini, pada jam 5 petang, 8 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, polis dari balai Nilam Puri di sini, menahan sebuah Honda Civic berwarna kuning dan pemeriksaan menemui pedang berhulu besi itu terselit di tempat brek tangan kereta tersebut.

Tertuduh kemudiannya dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Pada prosiding semalam, tertuduh pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan itu selepas Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly memberi peringatan kepadanya.

“Jika kamu terus tidak mahu mengaku salah, saya ingatkan kamu, kamu tidak akan mendapat hukuman penjara atau denda yang ringan seperti yang tertuduh-tertuduh lain dapat pada hari ini. Kalau hari ini ada tertuduh yang mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman enam atau
lapan bulan penjara atau denda serendah RM2,800, kamu tidak akan mendapat hukuman sama jika kamu didapati bersalah selepas perbicaraan nanti,” katanya.

Peringatan itu menyebabkan tertuduh menukar pengakuannya dan kemudian dijatuhi hukuman penjara tersebut.

SINARHARIAN

21 Disember 2011

Kenyataan Media - YB Nasharudin Mat Isa

 
Kenyataan Media
YB Nasharudin Mat Isa

Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan.

Sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, saya menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung saya di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.

Dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga. Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia.

Dakwaan kononnya saya “terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu UMNO" adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas. Sepanjang pembabitan saya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah saya ungkapkan bahawa saya akan menyertai UMNO. Justeru, buat kesekian kalinya saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai UMNO. Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.

Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS. Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan.

Nasharudin Mat Isa
Kuala Lumpur
21 Disember 2011

Pelajar UM mahu protes masalah Wifi


Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah perkhidmatan Wifi yang teruk, sedangkan mereka dikenakan bayaran RM100 setahun.

Majlis tersebut telah mewujudkan halaman di Facebook, meminta para pelajar menyertai perhimpunan tersebut di hadapan bangunan Canselori selepas solat Jumaat.

azlanBendaharinya, Kelvin Tee berkata, para pelajar tidak berpuas hati
dengan kualiti perkhidmatan Wifi dan masalah itu tidak diselesaikan selama lebih daripada dua bulan.

Pihak berkuasa kampus mengenakan yuran ICT sebanyak RM100, yang meliputi perkhidmatan Wifi dan aplikasi perisian, pada awal tahun pengajian semasa.

Tee berkata, kini sudah masuk minggu ke-14 semester, tetapi banyak fakulti dan kolej kediaman menghadapi masalah yang berterusan untuk mendapat sambungan ke Internet.

Menurutnya, isyarat internet tidak terdapat langsung di beberapa kolej, manakala di tempat lain, isyaratnya ada tetapi pelajar sukar mendapat sambungan Internet, dan di sesetengah kolej, sambungannya lemah.

Pada masa lalu, katanya, masalah sambungan Internet merupakan kes-kes terpencil dan diselesaikan dengan cepat oleh pihak berkuasa kampus.

Masalah Wifi bertambah buruk pada tahun pengajian semasa, kata Tee.
Katanya, mereka telah menemui naib canselor dan timbalan naib canselor berhubung perkara itu, dan mereka juga telah mengadu kepada pusat IT hampir setiap hari, tetapi masih tidak selesai.
Menurutnya, naib canselor berjanji keadaan akan bertambah baik menjelang November tetapi ia masih tidak selesai.
Badan pelajar itu akan menyerahkan memorandum kepada pihak universiti menggesa supaya diambil tindakan segera, serta memansuhkan yuran ICT bagi tahun pengajian akan datang.

Mereka juga akan menuntut bayaran balik sebanyak RM40.

Timbalan Naib Canselor (hal ehwal pelajar) Profesor Rohana Yusof tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Malaysiakini

Kerani Bank Mati Ditikam 15 Kali


KUALA LUMPUR: Seorang kerani bank maut selepas ditemui berlumuran darah dengan 15 tikaman di bahagian belakang badan di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata, Rozana Mohd Yusak, 35, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi.
Sebelum itu, Rozana dilihat oleh seorang pekerja restoran di kawasan berhampiran seakan-akan meminta pertolongan di tingkap rumahnya, katanya.
"Pekerja restoran tersebut terus menghubungi polis sebelum pasukan polis tiba ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berlumuran darah. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditikam selain terdapat banyak kecederaan lain di hadapan badannya," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini Rabu.
Katanya, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah itu ditemui berseluar pendek dan singlet serta tiada pengenalan diri, telefon bimbit dan senjata ditemui.
Rosly berkata ketika polis tiba, rumah tersebut dalam keadaan berselerak serta terdapat kesan pergelutan.
Katanya polis masih menyiasat motif kejadian selain tidak menolak kemungkinan terdapat unsur cemburu.
"Motif cemburu mungkin boleh dikaitkan dengan kematian mangsa berdasarkan kesan tikaman yang banyak dan ia seperti dilakukan oleh seseorang yang memang berdendam dengan wanita itu," katanya.
Beliau berkata polis sedang menjejaki teman lelaki wanita itu untuk membantu siasatan.
"Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."
Sementara itu bapa mangsa, Mohd Yusak Suparman, 64, ketika ditemui pemberita di Bilik Mayat HKL berkata beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi apabila dimaklumkan anak saudaranya.
"Pakcik tinggal di Ijok, Kuala Selangor...Selepas diberitahu anak saudara pakcik tentang Rozana, terus pakcik ke sini (HKL)," katanya.
Beliau yang merupakan seorang pesara berkata, kali terakhir berjumpa Rozana kira-kira seminggu yang lepas.
"Dia (Rozana) seorang yang peramah, dan pakcik tak sangka kejadian ini boleh berlaku kepadanya," katanya yang juga berkata isterinya Jamaliah Abdul Samad pengsan selepas mendengar berita kematian anak sulung daripada tiga beradik itu.
Katanya Rozana yang bekerja di bank berkenaan lebih 10 tahun sebelum ini pernah memintanya membelikan sebuah komputer riba, namun hajat itu tidak dapat ditunaikan. - BERNAMA

Pertahan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’


KUALA LUMPUR, 21 Dis: Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijmak menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar presiden parti ‘Membangun Negara Berkebajikan’ yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.
Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.
AJK PAS Pusat, Datuk Dr Hassan Ali melalui akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini mempertikaikan dasar "Membangun Negara Berkebajikan" yang menjadi tema PAS sekarang ini.
Bagi Hassan, PAS sepatutnya kekal dengan dasar negara Islam yang telah menjadi perjuangan asal PAS.
Bagi Nasrudin, Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al-Quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur (Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan).
“Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu ubudiah iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta," katanya.
Justeru itu, jelasnya Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip-prinsip adil dan ihsan (al Adl wal Ihsan) di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan (Istibaq al Khayrat) dan saling bekerjasama (at-Ta'awun) ke arah kejayaan (al Falah) pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat’.
Menurutnya, berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.
Tambahnya, lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.
“Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru-baru ini dan insya Allah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini,” ujarnya.

‘Tiada niat sebesar zarah untuk sertai Umno’


KUALA LUMPUR, 21 Dis: “Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah adalah ahli PAS, dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan,” tegas AJK PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa (gambar).
“Berikutan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan secara langsung oleh beberapa pihak terhadap saya sejak kebelakangan ini menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya berasa perlu untuk mengeluarkan kenyataan media ringkas sebagai penjelasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, sebagai seorang yang terdidik dalam dua dunia dan latar belakang berbeza iaitu bukan agama dan kemudiannya berpindah kepada pengajian Syari’ah dan Perbandingan Undang-Undang, beliau menyedari sepenuhnya bahawa pembabitan langsung di pentas politik nasional pasti mengundang seribu satu macam cabaran dan dugaan.
Katanya, dalam dunia dakwah, kita dididik dengan hakikat bahawa laluan dakwah ini tidak dibentang dengan hamparan permaidani merah, jauh sekali untuk sentiasa direnjis dengan wangian bunga.
“Saya akur sepenuhnya dengan Tariqud-Dakwah (Jalan Dakwah) yang saya lalui ketika ini telah lebih awal disusuri oleh para anbiya’, sahabat dan ulamak terdahulu daripada kami yang memilih PAS sebagai pentas perjuangan  politik dalam konteks sistem demokrasi berparlimen sedia ada di Malaysia,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bachok.
Justeru, jelas Nasharudin lagi, dakwaan kononnya beliau ‘terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno’ adalah sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas.
Menurutnya, sepanjang pembabitannya dalam PAS yang saya terima sebagai wadah menyampaikan suara Islam kepada umat di Malaysia, belum pernah beliau ungkapkan bahawa akan menyertai Umno.
Justeru, ujarnya buat kesekian kalinya beliau menegaskan bahawa tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno.
“Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar.
“Saya harap penjelasan ringkas ini memadai dalam mengukur kesetiaan saya terhadap perjuangan PAS,” jelasnya lagi.

 Harakahdaily   

SPR: Guna dakwat kekal PRU-13 muktamad, mahu semua terima syor Parlimen


KUALA LUMPUR, 21 Dis — Keputusan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 adalah muktamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melaksanakan syor diluluskan Parlimen, tegas timbalan pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Sehubungan itu kata beliau, tidak harus ada keraguan mengenai langkah tersebut yang akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin termasuk memastikan tidak bercanggah dengan prinsip Islam dan SPR juga berharap tidak akan ada pihak yang membantahnya lagi.
Semalam, Perkasa menolak keputusan SPR yang mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi, selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Perkasa diketuai Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali.
“Keputusan ini (menggunakan) adalah muktamad, kami hanya laksanakan keputusan Parlimen,” kata Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Perkasa.
Tegas beliau, apa gunanya sistem dakwat kekal, yang akan diwajibkan ke atas setiap pengundi bagi mencapai tujuannya, tetapi tidak digunakan dengan menyeluruh kelak, lebih-lebih lagi ia telah diluluskan oleh Parlimen.
“Kami melaksanakan apa yang diputuskan oleh Parlimen, syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas (PSC)... yang diterima oleh ahli-ahli Parlimen, dari semua parti,” kata beliau sambil menambah, “itu terpulang kepada sesiapa kalau hendak mengeluarkan pandangan mereka.”
Katanya, dakwat kekal, sebagaimana objektifnya, akan digunakan untuk memastikan tiada elemen pengundian berganda kelak dan mengelakkan pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.
“Bermakna tidak timbul keraguan, masalah ketika hari pengundian. Dakwat kekal ini digunakan di kebanyakan negara-negara Islam,” kata beliau lagi.
Wan Ahmad (gambar) menekankan bahawa mengikut peraturan yang telah dipinda, di bawah pendekatan penggunaan dakwat kekal, kertas undi tidak akan diberikan jika seseorang enggan kuku jari mereka dicalit.
“Itu peruntukan di bawah sistem dakwat kekal. Ini peraturan. SPR melaksanakan tanggungjawab yang diputuskan oleh Parlimen, yang penting ini hasil syor PSC.
“Isu keraguan tidak harus timbul, tidak harus berbangkit lagi. Tidak harus timbul apa-apa keraguan kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memberi kelulusan (pada 2007), dan akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sekali lagi selepas ini,” katanya.
Majlis Fatwa Kebangsaan pernah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal pada 2007 untuk digunakan pada pilihan raya umum 2008. Tetapi dakwat kekal tidak digunakan ekoran masalah teknikal dari segi perundangan.
SPR akan mengemukakan dakwat kekal kepada Majlis Fatwa Kebangsaan selepas dianalisis oleh Jabatan Kimia. Ia juga akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan.
“Dakwat kekal yang hendak digunakan kali ini lebih meyakinkan, digunakan oleh banyak negara, banyak negara Islam, negara yang ada pengundi Islam. Tidak menjadi masalah,” katanya lagi.
Wan Ahmad mengulangi bahawa SPR berharap semua pihak akan yakin dengan penggunaan dakwat kekal dan hanya melaksanakan apa yang diputuskan oleh PSC, malah “kita tidak ada apa-apa untuk sembunyikan.”
Dalam kenyataannya semalam, Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.
Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

16 Disember 2011

Majlis Pra Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012



Gimik Pelancaran oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

14 Disember 2011

Mahkamah: Utusan salah fitnah Guan Eng, diarah bayar RM200,000


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 .
Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan  Utusan yang bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim (gambar), sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.
“Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif,” kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider.
Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan.
Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya.
Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010.
Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya.

 The Malaysian Insider

Akta Kerja: Gabungan MTUC tuntut suruhanjaya diraja, piket nasional


KUALA LUMPUR, 14 Dis — Desakan daripada gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berterusan, dengan yang terbaru menggesa kerajaan mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat motif Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011, yang mendapat bantahan keras badan induk pekerja itu.
MTUC bahagian Selangor-Wilayah Persekutuan menegaskan, selain diadakan satu suruhanjaya diraja, kepimpinan kongres itu juga perlu mengadakan piket nasional kedua bagi terus mengenakan tekanan ke atas kerajaan berhubung Rang Undang-undang Kerja.
“Kesatuan-kesatuan sekerja yang menggesa agar diadakan suruhanjaya diraja juga mahu piket peringkat kebangsaan diadakan untuk memperlihatkan kekecewaan pekerja terhadap sikap antipekerja dan antikesatuan diperlihatkan oleh kerajaan Malaysia,” kata Pengerusi MTUC Selangor-Wilayah Persekutuan N Gopal Kishnam dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, meskipun adanya bantahan daripada MTUC, Kementerian Sumber Manusia meneruskan pindaan ke atas Akta Kerja yang antara lain membolehkan penggunaan sistem kontraktor bagi tenaga kerja secara sah.
Sehubungan itu kata beliau, kementerian tersebut kelihatan memihak kepada pihak-pihak tertentu dengan sanggup menjadikan para pekerja sebagai hamba dengan terus membenarkan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
“Majlis am MTUC telah mengambil satu keputusan untuk menentang pindaan (Akta Kerja) dan tindakan-tindakan untuk menentang pindaan seharusnya diteruskan sehingga kerajaan memutuskan bagi menarik balik pindaan.
“Masih belum terlewat bagi kerajaan mendengar suara pekerja negara ini,” kata beliau sambil menambah, majlis am merupakan badan tertinggi MTUC dan oleh itu, mana-mana individu tidak boleh mengatasi keputusan diambil oleh badan tersebut.
Pendirian ini dilahirkan ketika beberapa kesatuan gabungan MTUC mendakwa badan induk pekerja itu kelihatan seolah-olah tidak proaktif dalam isu pindaan Akta Kerja 1955 sementara Dewan Negara dijadual membahaskannya minggu ini.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad Abdul Razak Md Hassan berkata, pihaknya terkilan apabila pertubuhan bukan kerajaan sudah mula mendahului MTUC dengan sanggup mengadakan demonstrasi di pekarangan bangunan Parlimen pada 15 Disember ini.
“Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad terpanggil untuk menyampaikan rasa terkilan dengan tindakan MTUC yang bergerak terlalu perlahan mengenai pindaan Akta Kerja,” kata Razak kepada The Malaysian Insider awal minggu ini.
Malah, menurut Razak, pihaknya juga rasa hairan kerajan pertubuhan bukan kerajaan Jerit seolah-olah mengambil peranan MTUC dengan mengadakan demostrasi di kawasan Parlimen Khamis ini.
Sehubungan itu kata beliau, kesatuannya mahu kepimpinan MTUC mengadakan mesyuarat majlis am tergempar seberapa segera sebelum 14 Disember agar kesemua gabungan diberi penjelasan seterusnya membincangkan tindakan selanjutnya.
“Majlis am juga perlu mendapat penjelasan dari mereka yang bertanggungjawab telah bersetuju tentang pindaan berkenaan supaya tindakan boleh diambil sekira mereka didapati bersalah.
“Kegagalan kepimpinan MTUC mengadakan mesyuarat majlis am MTUC tergempar, Kesatuan Pekerja-pekerja KTM akan mencadangkan kepimpinan MTUC meletakkan jawatan,” kata beliau.
Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, MTUC meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara, yang dijangka akan membahaskan pindaan Akta Kerja esok, agar menolak rang undang-undang tersebut dengan mengambil kira bantahan dan nasib masa depan pekerja-pekerja negara ini.
Presiden MTUC Khalid Atan berkata pihaknya mengharapkan sokongan para senator untuk menolak rang undang-undang itu.
Badan induk itu telah menulis kepada kesemua anggota Dewan Negara dua minggu lalu mengenai beberapa peruntukan dalam rang undang-undang itu khususnya berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja, yang didakwa akan mendatangkan lebih banyak keburukan dalam jangka panjang.
Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu - tiga hari selepas MTUC mengadakan piket di pekarangan bangunan Parlimen.
MTUC mengadakan piket kebangsaan pada 3 November dan perhimpunan peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan, 2 Disember lalu.

 The Malaysian Insider

Masyarakat bukan Islam Kelantan tak gentar hudud


Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.

Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

NONEKedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu.

Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya.

Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi.

NONEDitanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan.

"Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.

 Nigel Aw
 Malaysiakini

Allahuakbar!!..Allahuakbar!!..Allahuakbar!! | Rakyat Kelantan bangga dengan perlantikan Timbalan Agong


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Kelantan atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V,  sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataannya, Husam yang juga Exco kerajaan negeri berkata, "Perkenan para kekanda ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu memilih Tuanku Sultan Kelantan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong besar ertinya terhadap kedaulatan dan kebesaran Tuanku.

"Besar pula maknanya bagi seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim," kata Husam dalam satu kenyataan medianya.

Husam juga melahirkan keyakinannya,  Tuanku Faris Petra  mampu memberi makna kepada kesaksamaan kemajuan wilayah dan mengharumkan nama negeri ini dengan hemah, prihatin, bijaksana, berjiwa rakyat, mempunyai visi yang dinamik dan berdedikasi yang ada pada baginda.

"Selama ini, dalam tempoh yang singkat, Tuanku menjadi kebanggan rakyat Kelantan dan rasa bangga itu akan Insya Allah akan dikongsi pula oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas Husam dalam kenyataannya.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan ‘sembah tahniah’ di atas pengisytiharan Sultan Muhammad ke V memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata pihaknya berbesar hati di atas perlantikkan itu.

“Semoga perlantikan tuanku membawa berkah dan keamanan di negeri Kelantan Tadahan Wahyu ini.

“Patik mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, merakamkan sembah tahniah kepada tuanku semoga tuanku di lindungi dunia dan akhirat,”ujarnya.
Syukur atas perlantikan Agong

Husam juga mempersembahkan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas perlantikan DYMM Al Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah   dan DYMM Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang masing-masing selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke 14.

Selaku rakyat yang menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu selaku teras utama politik negara menerusi konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sejak turun temurun, saya merasa bangga dan bertuah menyaksikan perlantikan Tuanku berdua, kata Husam.

"Selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali yang kedua bagi Ke  Bawah DYMM Al Sultan Kedah, sudah tentu memberikan nostalgia zaman anak-anak saya dengan ketinggian budi, hemah, bijaksana  dan mesra rakyat ke Bawah Duli Tuanku sewaktu berada di atas singgahsana sebagai DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali pertama dahulu.

"Insya Allah, dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh lagi saksama yang dianugerahkan Allah kepada Tuanku, Malaysia akan terus bersatu maju, adil, makmur, maju dan aman damai," kata Husam.

Husam juga mengucapkan junjung kasih kepada DYMM  Yang di-Pertuan Agung ke 13, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atas khidmat baginda yang cemerlang.

"Semoga Allah melanjutkan usia baginda dalam keadaan sihat dan 'afiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan," katanya dalam kenyataan itu.HarakahDaily

Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong ke-14


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

NONEKetibaan Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri  Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.

Baginda berdua kemudian berangkat ke Dataran Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Okt lalu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Sambutan

Di Kuala Lumpur, keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah di Dataran Parlimen di Kuala Lumpur  pada pukul 10 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut keberangkatan tiba baginda berdua.

Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Leftenan Nor Azizan Yahaya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan disusuli dengan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku.
Lafaz sumpah

Baginda berdua kemudian menerima menghadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Halim kemudiannya melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.
Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.
Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.
Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu.
Pengisytiharan

Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini:

"Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja:

Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebelas."
Senarai Agong

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong:
  
1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960
 
2) Sultan Selangor
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)  
 
3) Raja Perlis
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965
(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)
 
4) Sultan Terengganu
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970
 
5) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975

6) Sultan Kelantan
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979
 
7) Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984
 
8) Sultan Pahang
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989
 
9) Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994
 
10) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999
 
11) Sultan Selangor
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001
 
12) Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006
 
13) Sultan Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011
 
14) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011
- Bernama

Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah selamat pulang


KUALA TERENGGANU – Keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, disambut meriah oleh kira-kira 15,000 rakyat jelata di seluruh negeri ini, semalam.

Kedua-dua pasangan diraja itu yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Ke-13, selamat tiba kira-kira jam 2.00 petang dengan pesawat khas dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), dengan diiringi dua pesawat pejuang Sukhoi.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut mengiringi keberangkatan balik pasangan diraja selain Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan isteri.

Baginda berdua turut disambut kerabat diraja, para pembesar dan kenamaan negeri yang diketuai Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail yang tiba 15 minit lebih awal berbanding ayahanda dan bonda baginda.

Lagu kebangsaan, Negaraku kemudian dipersembahkan selepas kedua-dua pasangan diraja itu berangkat ke Pentas Diraja diiringi Pemangku Raja.

Ketua Pasukan Kawalan Kehormatan Utama, Mejar Khairul Azman Kormin dengan dibantu Penolong Ketua Kawalan Kehormatan Kapten Muhammad Ikhwan Hussin kemudian memohon limpah perkenan Tuanku Mizan untuk memeriksa kawalan kehormatan melibatkan 106 anggota termasuk tiga daripadanya pegawai.


Negaraku akhiri istiadat keberangkatan balik

Sementara Pegawai Panji-Panji adalah Leftenan Mohd Amirul Shafiq Amirudin, manakala pancaragam yang mengiringi Kawalan Kehormatan Utama adalah Gabungan Pancaragam di bawah naungan 2 Divisyen, diketuai oleh Drum Mejar Staff Sarjan Md Isa Mohd Nor.

Sambutan bertambah meriah apabila tembakan meriam oleh Rejimen Artilleri sebanyak 21 das kedengaran bergegar di udara disaksikan ribuan rakyat yang turut memerhati istiadat tersebut di luar pagar LTSM, dengan sebahagian besarnya merakam hari yang penuh bersejarah itu.

Selesai pemeriksaaan Kawalan Kehormatan Utama oleh Tuanku Mizan, sekali lagi lagu Negaraku dipersembahkan sebelum mengakhiri istiadat kebarangkatan balik setelah mengakhiri tempoh pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-13 selama lima tahun.

Tuanku Mizan dan isteri sempat bersalam-salaman dengan dif-dif di sepanjang laluan ke Kenderaan DiRaja bagi mencemar duli ke Majlis Santapan Petang dan Majlis Mengadap Rombongan dari Kuala Lumpur di Istana Maziah, di sini.

Majlis Santapan Petang dan Majlis Mengadap Rombongan dari Kuala Lumpur telah berlangsung dengan meriah di Istana Maziah, di sini, semalam.

Tengku Besar Terengganu berangkat tiba di Istana Maziah pada jam 2.55 petang dan disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Noorbahri Baharuddin; Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Tengku Bentara Raja dan Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar bersama isteri masing-masing.

Turut sama ialah Ahli Dewan Pangkuan DiRaja, Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad dan Khazan Che Mat bersama isteri masing-masing.

Datuk Bentara Luar, Ketua Istiadat dan Toh Puan Laily Abdullah kemudiannya mengadap dan memohon limpah perkenan Tengku Ampuan Intan Zaharah berangkat ke Bilik Rehat DiRaja.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah serta Pemangku Raja Terengganu berangkat tiba pada jam 3.10 petang di Istana Maziah dengan disambut kumpulan nobat yang mengiringi kereta dari pintu gerbang sehingga ke tempat letak kereta di pekarangan Istana Maziah.

Turut mengiringi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; kerabat-kerabat Raja dan isteri, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Pengiring dan isteri serta Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar merangkap Pegawai Pengiring, Datuk Ibrahim Muhamad.

Bendera peribadi Seri Paduka Paginda Yang Dipertuan Agong dipecahkan sebaik sahaja Tuanku Mizan berangkat tiba di Istana Maziah.

Datuk Bentara Luar, Ketua Istiadat dan Toh Puan Laily Abdullah kemudiannya mengadap dan memohon limpah perkenan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta Pemangku Raja berangkat ke Bilik Rehat DiRaja dan disusuli keberangkatan ke Bilik Mengadap.

Ahmad Shabery merangkap Menteri Pengiring dan isteri mewakili rombo-ngan dari Kuala Lumpur kemudian memohon limpah perkenan Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah untuk balik ke Kuala Lumpur.

12 Disember 2011

11 Disember 2011

Ucaptama Ijtimak Tarbawi PIlihanraya PAS | Video



Ucaptama Ijtimak Tarbawi PIlihanraya PAS oleh Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Pilihan raya orang Islam setiap hari


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

"Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

"Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

"Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Tok Guru Nik Aziz juga menegaskan, golongan sekular secara tidak sedar sudah menolak separuh daripada ajaran Islam apabila tidak mengutamakan perjuangan melawan syaitan.

"Mengelak diri daripada pujuk rayu syaitan tidak ada dalam ajaran sekular.

"Syaitan, neraka, tak ada dalam pengajian sekular. Oleh yang demikian pada orang yang sudah menjadi sekular, 50 peratus daripada pengajian Islam sudah hilang.

"Pengajian Islam termasuk perkara ghaib iaitu syurga, neraka, dosa, pahala, padang mahsyar. Semua ini tak ada dalam sekular, jadi tak pernah sebut, bila tak pernah sebut mereka lupa," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 ahli yang hadir.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu juga, untuk memastikan manusia selamat di akhirat kelak, mereka wajib mengikut ajaran Islam yang sebenar, tanpa bercampur dengan ajaran barat yang lain.

"Sekular tak bawa manusia ke syurga. Yang hanya membawa manusia ke syurga ialah Islam.

"Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur.

"Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia," katanya.

Perjuangan PAS adalah jihad

Sementara itu, Tok Guru Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

"Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar istilah jihad yang digunakan Umno dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini.

Beliau berkata, iistilah jihad itu berasal daripada Al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Jihad ini istilah Al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

"Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia," katanya.

Turut bersama, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain.

Ustaz Hadi akan menyampaikan amanat di majlis penutup petang ini.

Harakahdaily

10 Disember 2011

Hudud: ABIM serah Soi Lek memo, gesa minta maaf dalam 48 jam

Pimpinan Abim menyerahkan memo bantahan kepada MCA

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpendapat, Presiden MCA tidak wajar mencabar pemimpin DAP, Lim Guan Eng untuk berdebat isu hudud kerana tindakan itu hanya merendahkan hukum Allah itu.

Pendapat itu dikemukakan Abim dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soil Lek pada Jumaat 9 Disember 2011 di Wisma MCA.

Memorandum tersebut mengulangi gesaan awal Abim yang meminta Datuk Seri Chua Soi Lek mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini, di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau ketika penganjuran Forum Hudud and its Implications on non-Muslims baru-baru ini.

Abim merasa kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

Kenyataan tersebut berbunyi seperti berikut:

“MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek explained in a press conference that should hudud be implemented, the country’s foreign direct investment will surely be affected. This is because when the world perceives Malaysia to have failed in its protection of human rights, and that punishments are perceived as cruel and a violation of human rights, Malaysia’s standing in the world will drop as investors look elsewhere for businesses and even existing investors will pull out of the country,”  Sumber: www.mca.org.my

Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau, kata Setiausaha Agung Abim, Muhamad Raimi Ab Rahim.

Namun sehingga hari ini, kata Raimi, Soi Lek masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut.

Justeru Abim terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

Antara kandungan penting dalam memorandum tersebut, Abim juga telah melampirkan kajian-kajian oleh ahli akademik berprofil antarabangsa yang menjelaskan konsep hukum hudud dan refutasi ilmiah terhadap persepsi negatif sekitar pelaksanaan hukum hudud yang diulas dari sudut prinsip keadilan undang-undang jenayah antarabangsa, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat.

Sebagai contoh, Profesor M. Cherif Bassiouni yang dikenali sebagai "Father of International Criminal Law" telah mengatakan:
"The basic principles of criminal justice and the accused's rights are well articulated and developed in the various jurisprudential schools, and some are more liberal than others. They correspond to many international human rights standards”.

Berkenaan dengan kezaliman yang cuba dimomokkan dengan Hudud, artikel bertajuk The Penalty Of Hand Amputation For Theft In Islamic Justice,  oleh Prof. Sam S. Souryal, Dennis W. Potts, dan Abdullah I. Alobied, ia telah membuat kesimpulan berikut:-

"The application of this penalty does not appear to be inconsistent with the principles of natural law or Judeo-Christian doctrine in their original versions".


Adalah diharapkan agar bahan ilmiah tersebut dimanfaatkan sebaik-sebaiknya oleh Datuk Seri Chua Soi Lek untuk meningkatkan kefahaman beliau terhadap hukum hudud dan perundangan Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pada masa hadapan, katanya.

Memorandum tersebut juga menyatakan kekesalan Abim terhadap tindakan Datuk Seri Chua Soi Lek yang mencabar seorang lagi pemimpin (Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP) masyarakat bukan Islam di negara ini, untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ini yang dinilai akan hanya mencetuskan kesinambungan polemik politik dan agama yang berpanjangan.

"Justeru, kami mendesak beliau menarik balik gesaan tersebut (mengadakan debat terbuka berkaitan isu hudud).

"Pada hemat kami, kenyataan serta tindakan beliau tersebut tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk meraih populariti politik terutama sekali daripada masyarakat bukan Islam," tegasnya.

Tindakan-tindakan beliau ini secara langsung telah merendahkan martabat perundangan Hudud kepada isu politik dan sokongan pilihanraya semata-mata, sekaligus menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Dalam konteks ini, Abim merujuk kajian bertajuk “Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia (terbitan 2011),” yang dikemukakan Merdeka Centre, Goethe  Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ke atas 1060 orang responden belia Islam.

Antara lain kajian tersebut merumuskan majoriti  belia Islam positif dan bersetuju perundangan jenayah Islam diamalkan secara meluas di negara ini, meliputi pelaksanaan hukuman sebat untuk kesalahan minum arak (92.4%), hukuman mati untuk kesalahan membunuh atau Qisas (92.5%) dan 71.5% bersetuju untuk hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Kajiselidik tersebut secara langsung memberi indikasi penerimaan positif di kalangan umat Islam di peringkat akar umbi terhadap pelaksanaan perundangan jenayah Islam.

Justeru, sebarang kenyataan serupa (sepertimana yang dikemukakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek) dinilai bertentangan dengan aspirasi umat Islam yang membentuk segmen political will terbesar di negara ini!

Abim sekali lagi mengulangi rumusan yang dicapai dalam ’Wacana Hudud: Sesuaikah dilaksanakan di Malaysia?’ anjuran mereka pada 2 Oktober 2011 bahawa undang-undang jenayah syariah tersebut sesuai dan wajar dilaksanakan di Malaysia.

Usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada.

Berdasarkan kepada kenyataan ini, Abim ingin mengatakan kesediaannya untuk bertemu dan mengadakan dialog akademik untuk menjelaskan sebarang kekeliruan serta persoalan berhubung dengan Hudud, terutama sekali dalam perkara-perkara yang menyentuh secara langsung kepentingan masyarakat bukan Islam.

Dalam hal ini, Abim menyorot rumusan yang dibuat oleh Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO) berkenaan dengan hak asasi dalam Islam yang berbunyi seperti berikut:

"From the present report it is clear that Islamic criminal law has an inherent body of law for preventing crime and thereby protecting human rights and fundamental freedoms of the people. Human rights and fundamental freedoms ought to be protected are: right to life (punishing murder); rights of the child (preventing infanticide and abortion); protection of property (punishing theft); right to family (punishing adultery and sodomy), health and honor (prohibiting intoxication); right of orphans; right to personal reputation and dignity (punishing slander or scandalous allegation); right against corruption (prohibiting corruption); right to privacy (punishment for violation of privacy); right against defamation and spying; right to peace; equality and equal protection of laws; and justice and equity. These are the select human rights, which the Islamic criminal law ought to preserve and protect" (AALCO, page 46).”

"Berasaskan kepada kenyataan-kenyataan ini, adalah amat wajar untuk Datuk Seri Chua Soi Lek mengemukakan permohonan secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini.

Kami juga ingin mengulangi gesaan agar Datuk Seri Chua Soi Lek membatalkan hasrat untuk mengadakan debat terbuka (dengan Lim Guan Eng) untuk membincangkan isu ini," katanya.

Abim juga ingin mengulangi kesediaan mengadakan dialog tertutup secara ilmiah berkenaan dengan isu ini (dan isu-isu agama lain) dengan mana-mana pihak yang mewakili kepentingan masyarakat bukan Islam di negara ini....Harakahdaily   

Rumah baru anak yatim Kg Chicha siap dibina



KUBANG KERIAN, 9 Dis: Anak-anak yatim Kg Chicha yang kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal Ogos lalu kini terbela  apabila rumah baru mereka siap dibina sepenuhnya.

Melalui sumbangan orang ramai yang diusahakan oleh ahli parlimen mereka, akhirnya tempat berteduh untuk lima beranak itu kini sudah berganti baru.

Ahli parlimennya, Salahudin Ayub berkata, beliau mengucap syukur kepada Allah SWT kerana hasrat anak-anak yatim Kg Chicha untuk mendapat rumah kediaman baru telah menjadi satu kenyataan.

"Sejak berita kebakaran rumah anak-anak yatim Kg Chicha disiarkan dua bulan yang lalu, ramai penderma telah memberikan sumbangan untuk mendirikan rumah baru mereka.

"Saya sebagai ahli parlimen Kubang Kerian telah sedaya upaya membantu anak-anak yatim ini dan kesempatan hari ini bagi pihak keluarga anak-anak yatim Kg Chicha saya dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua penderma yang telah begitu perihatin untuk membantu anak-anak yatim yang malang ini," katanya kepada Harakahdaily.

"Semoga Allah SWT sahaja mampu membalas segala kebaikan anda semua," tambahnya terharu.

Ogos lalu, Harakahdaily ada melaporkan nasib anak-anak yatim tersebut yang bagai jatuh ditimpa tangga apabila kediaman mereka pula musnah selepas ibu bapa mereka meninggal dunia setahun lalu.

Mereka sebelum ini terpaksa tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran itu.

Namun dengan sumbangan oleh pelbagai pihak, kediaman mereka kini barjaya disiapkan sepenuhnya.

09 Disember 2011

MAJLIS PELANCARAN MINGGUAN "PURNAMA"

Image
KOTA BHARU, 13 Muharram 1433 H- YAB Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah melancarkan mingguan "PURNAMA" di di Dataran Ilmu Kota Bharu selepas selesai menyampaikan kuliah jumaat.
Image
YB Dr Mohamed Fadzli berkata, beliau berharap rakyat tidak mensia-siakan mingguna PURNAMA ini dan berharap agar dapat menyebarkan majalah ini kepada golongan atas pagar dan juga kepada mereka yang tidak menyokong kerajaan negeri agar mereka dapat berita yang sebenarnya.
Image

"Kita telah difitnah dan tidak diberikan tempat untuk menjawab dan memberi maklumat kepada raktyat, maka mingguan PURNAMA ini dalah medium media baru dengan harapan rakyat akan mendapat berita yang sebenarnya daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Mingguan PURNAMA ini diterbitkan oleh Lajnah Penerangan Negeri Kelantan.

Kuliah tok guru merupakan kuliah mingguan dan bermula pada pukul 9 pagi. Majlis pelancaran tersebut telah diadakan pada pukul 11 pagi selepas kuliah Tok Guru selesai.

Ku Nero salah seorang pengunjung kuliah tok guru yang mendapat mingguan "PURNAMA" berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dengan menerbitkan mingguan ini. Tambahnya lagi, dengan adanya mingguan ini, maka segala tohmahan dan fitnah dapat dijawab dimajalah 4 mukasurat ini dan seterusnya rakyat dapat mengetahui perkara yang sebanar.
Image
Selepas majlis selesai, mingguan "PURNAMA" ini diedarkan kepada orang ramai yang hadir dan diedarkan secara purcuma. Mingguan "PURNAMA" ini akan diterbitkan seminggu sekali dan akan diedarkan pada setiap kuliah jumaat dan disekitar ceramah-ceramah...

: Buletin UPKN Online


WACANA PERDANA | Firaun juga memberi kebebasan bercakap

Image


KOTA BHARU, 12 Muharram 1433 H- Nabi Musa as telah dihantar ke dalam istana firaun dan telah diberi kebebasan untuk nabi Musa as bersuara sehingga dapat bertarung dengan Tukang Sihir firaun. Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah UM) menjawab soalan yang menyatakan jika rakyat Malaysia melakukan sesuatu (berhimpun) maka kita akan ke terbelakang di dunia  ketika di Majlis Wacana Perdana di Balai Islam Ludang. Pada wacana itu juga,Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, menegaskan bahawa negara ini perlu melakukan perubahan demi masa depan semua.
Turut dijemput ke majlis Wacana Perdana ialah YB Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha PKR), Prof. Madya Dr Samsul Adabi Mamat ( Pensyarah UKM), YB Dato Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) sebagai Panelis dan wacana pada malam itu telah diModerator oleh Prof. Madya Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff.
Image
Para Panelis dan Moderator.


Wacana Perdana ini telah mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kelantan sehingga ada hadirin yang terpaksa duduk bersila kerana hadirin yang hadir pada malam itu terlalu ramai. Wacana Perdana pada malam itu yang membincangkan topik " Pilihanraya ke -13, BN atau PR yang akan menerajui Putrajaya.

Turut hadir pada malam itu ialah YB Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ditemani oleh YB Us Baihaqi Atiqullah selaku Pengarah Wacana Perdana. Sebelum program itu tamat, YB Dr Mohamed Fadzli telah menyampaikan cenderahati kepada Panelis dan juga Moderator.
Image
Para hadiran yang hadir diluar jangkaan.
 
 

IKLAN | Pek Broadband RM25 Sebulan


TIADA KONTRAK!!
TIADA BIL!!
PERCUMA SEBULAN Pertama!

RM 25 untuk 30 hari penggunaan.
Kelajuan 384kbps. Jika tempat anda ada HSDPA, kelajuan boleh sampai 1Mbps.
Akses dengan 800MB data . Ada yang guna lebih tiada apa-apa pengurangan dari segi kelajuan.
Ada yang sudah guna lebih 2-3GB, speed tak reduce pun.
Jauh lebih murah dari tawaran mana-mana telco.
Postpaid pun paling murah RM38.00 sebulan.
Tak perlu risau dengan bil tertungak sebab tiada bil.
Sesuai untuk pelajar dan ibu bapa untuk penjimatan.
Stok amat terhad.
Tiada dijual di kedai-kedai telco.

08 Disember 2011

WACANA PERDANA | Pilihanraya Umum Ke-13 'BN atau PR' ?

PRU 13 : BN atau PR?


:: 8 Disember 2011

:: Jam 9.00 Malam

:: Di Balai Islam, Kota Bharu

  :: Panelis :


    i) YB Dato Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi UMNO)
ii) YB Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha PKR)

   iii) Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah UM)

   :: Moderator : Prof. Madya Dato' Dr Mohammad Agus Yusoff
Jangan lupa untuk hadir beramai-ramai malam ini,insya Allah akan disiarkan LIVE melalui http://mykelantan.tv/
http://www.kelantantvnews.blogspot.com/

AirAsia Tawar Tambang 10 Sen Sempena Ulang Tahun Ke-10


AirAsia, syarikat penerbangan kos rendah, menawarkan tambang perjalanan sehingga serendah 10 sen bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10, bermula tengah malam Rabu.
Tambang perjalanan itu adalah bagi kira-kira 80 destinasi domestik dan antarabangsa termasuk Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, Jakarta, Bali, Medan, Bangkok, Hat Yai, Phuket dan Hanoi.
"Tahun ini sudah tentunya merupakan tahun yang menakjubkan bagi kami.
"Kami bangga kekal sebagai pilihan paling popular di kalangan pelanggan selama 10 tahun sekarang dan kami akan terus melakukan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dengan menyediakan "Pengalaman AirAsia" yang menarik kepada setiap orang menerusi tambang murah yang hebat," kata Ketua Serantau bahagian Komersil AirAsia, Kathleen Tan dalam satu kenyataan.
Tempoh tempahan adalah bagi empat hari sehingga 11 Disember 2011, bagi tempoh perjalanan bermula 1 Julai hingga 27 Oktober 2012.
Tan berkata, selain tambang yang luar biasa murah ini, ia juga akan mengurangkan fi pemprosesannya yang terpakai bagi semua urus niaga dalam talian yang dibuat menerusi kad kredit atau kad caj di laman web daripada RM8 setiap pelanggan bagi setiap sektor, kepada hanya RM5 setiap pelanggan bagi setiap sektor.
Beliau berkata, urus niaga debit langsung masih terus percuma dengan tujuh rakan kongsi banknya di Malaysia.
Tambang itu yang bagi perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api dan fi/bayaran tidak wajib lain. - BERNAMA

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman