05 Disember 2011

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - KATEGORI KETIGA


Dikeluarkan pada pukul 07:16AM, 05 Disember 2011

 SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari Amaran Kategori Kedua yang dikeluarkan pada 6.33pagi, 28/11/11
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Selasa, 13 Disember 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)- Ditingkatkan dari Amaran Kategori Pertama yang dikeluarkan pada 6.33pagi, 28/11/11
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui dan Palawan dijangka berterusan sehingga Selasa, 13 Disember 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak(Kuching and Bintulu), Sabah (Sandakan) dan Tioman dijangka akan berterusan sehingga lewat pagi, Isnin, 5 Disember 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) 
 Dikeluarkan pada: 06:31am pada 05 Disember 2011


  NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)Dikeluarkan pada: 11:35pm pada 04 Disember 2011
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di negeri Kelantan (Daerah Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Maran) dijangka berterusan sehingga malam Isnin, 5 Disember 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

KTV NEWS

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman