05 Disember 2011

Bekas CEO PUNB Didapati Bersalah Palsu Dokumen Bernilai RM18 Bilion


KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai kanan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin berhubung tuduhan memalsukan dokumen yang berupa satu cagaran berharga iaitu sijil Bon Perbadanan Usahawan Nasional Berhad bertarikh 13 Oktober 2000, bernilai AS$5 bilion (kira-kira RM18 bilion) dengan niat untuk membuat sesuatu kontrak yang nyata.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 70, telah disabitkan hukuman penjara lima (5) tahun manakala bekas Setiausaha, Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 55, dikenakan penjara empat (4) tahun setelah Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwa hari ini dan mengenepikan keputusan hakim Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam, menjatuhkan hukuman setelah mendapati tindakan mereka dalam mengeluarkan bon tanpa kebenaran lembaga adalah satu perbuatan yang merupakan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 467 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin dituduh bersama memalsukan dokumen berkenaan pada 13 Oktober 2000 di Wisma UOA II, No 21, Jalan Pinang.

Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh di akhir kes pembelaan pada 27 Januari 2010.

Terdahulu, semasa memberi keterangan ketika perbicaraan kes, saksi pendakwaan ketiga, Ahmad Nazlee Idris mengesahkan bahawa Mohamad Aminuddin pernah meminta beliau menyerahkan “common seal” PUNB, di mana ia telah digunakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah PUNB.

mStar

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman