07 Disember 2011

Dakwat kekal: Jangan hanya janji kosong


KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Timbalan Ketua DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mengharapkan penggunaan dakwat kekal akan direalisasikan pada PRU ke-13, dan tidak tinggal sekadar janji kosong sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008 lalu.
“DPPWP berpendapat, penggunaan dakwat kekal amat relevan dan perlu digunakan sekarang,” katanya.
Menurutnya, dengan pelbagai isu yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing, pengundi yang tidak dapat dikesan dalam Jabatan Pendaftaran Negara tetapi wujud di SPR, pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi serta lain-lain lagi, nampaknya SPR tidak boleh berdalih lagi untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal.
Bagi DPPWP, katanya SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem itu kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Tambahan pula, katanya penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.
Selain itu, ujarnya DPPWP meminta SPR agar membersihkan segera senarai daftar pemilih seperti telah diumumkan oleh SPR semalam.
Selama ini, kata beliau senarai daftar pemilih di Malaysia menjadi pertikaian banyak pihak yang mendapati banyak kepincangan yang timbul.
Beliau berkata, ia juga menjadi hasrat seluruh rakyat yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia ke-13 nanti adalah yang terbaik dan paling bersih dalam sejarah.
Untuk itu, tambahnya SPR perlu bersikap adil pada semua pihak tanpa membezakan antara parti pemerintah mahupun pembangkang.
Akhirnya, ujar beliau SPR perlu buktikan PRU ke 13 nanti adalah pilihanraya yang adil dan telus dan boleh dipercayai bukan sahaja terhadap warga tempatan malah terhadap masyarakat antarabangsa.
“Semua ini perlukan pengorbanan dan kejujuran, kerana keadilan tidak boleh ditegakkan pada sebuah sistem korup yang tempang dan pincang, yang penuh didalamnya unsur penipuan,” katanya.

 Harakahdaily   

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman