08 Disember 2011

Jurujual nyaris maut ditetak


KOTA BHARU - Seorang jurujual masih kebingungan mencari jawapan sebenar penyebab utama dia ditetak bertubi-tubi oleh lima lelaki di Kampung Kota dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu mangsa, Hazlan Mat Husin, 33, yang memandu bersendirian dipercayai diserang oleh lima lelaki bersenjata selepas dia keluar dari kenderaannya setelah keretanya dilanggar ketika mahu meletakkan keretanya di lokasi berhampiran kejadian.

Hazlan berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar kejadian itu tetapi sebelum ini difahamkan dia tidak menjawab panggilan telefon salah seorang daripada kenalannya.

“Selepas saya keluar dari kereta tanpa sempat berkata apa-apa lima lelaki terbabit yang ada di antaranya dikenali terus menetak saya menggunakan parang serta kayu.

“Saya tidak mampu melawan kerana terlalu ramai yang menyerang dan saya bergelut kira-kira lima minit dengan mereka sebelum terjatuh dalam longkang berhampiran tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam.

Akibat kejadian itu, dia cedera di belakang leher, muka dan kaki yang kini masih menerima rawatan di HRPZ II.

Hazlan berkata, selepas beberapa minit kemudian dia berjaya melarikan diri dalam keadaan berlumuran darah dan bernasib baik kerana orang ramai yang menyedari keadaannya itu terus menghantarnya ke HRPZ II.

Menurutnya, selepas menyedari dia diselamatkan oleh penduduk setempat lelaki yang mencederakannya melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, berikutan kejadian itu adik mangsa tampil membuat laporan.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan, polis melancarkan gerakan memburu suspek untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata.

SINARHARIAN

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman