08 Disember 2011

Tok Guru Nik Abd Aziz - umat Nabi Muhammad SAW



Terlampau, gopoh dan berniat jahat. Itulah 'rasa' yang dapat dituturkan tatkala membaca komen serta hamburan fitnah media (termasuk dalam facebook dan akhbar utusan meloyakan) mengenai 'ceramah seorang penceramah' kononnya Tok Guru Nik Abd Aziz disamakan dengan "Nabi."

Ia sesuatu yang sengaja diambil kesempatan untuk mengalih isu (supaya lupa isu POLITIK LEMBU), agar manusia nipis akidah boleh percaya dan sekaligus akan memburukkan PAS yang dipandu oleh Tok Guru Nik Abd Aziz. Kesan yang dihajati mereka (tukang auta) ialah imej dan 'akhlak' Tok Guru Nik Abd Aziz selaku ulama yang mewarisi perjuangan Nabi Muhammad itu sama atau lebih teruk daripada insan bernama "Ayah Pin" yang mengaku Tuhan.

Apakah benar Tok Guru Nik Abd Aziz itu Nabi? Mereka yang panjang akal akan mengatakan tidak. Jika mereka kenal dari dekat dan memahami perjuangan Tok Guru Nik Abd Aziz, pasti mereka mengkaguminya atas sifat dan akhlaknya yang dipandu oleh agama. Lihat saja akhlak syukurnya (foto di sebelah) tatkala menjalani tugas sebagai pemimpin, sentiasa dekat dengan Allah Yang Maha Kuasa bila bertemu dengan nikmat Allah SWT. Ia adalah akhlak yang diajar oleh Nabi. Bukanlah Tok Guru sudah menjadi Nabi.

Natijahnya, sifat warak, sentiasa bersyukur, mendekati diri dan berpesan-pesan sesama insan dengan seruan Nabi serta berjuang atas roh al-Quran (foto di sebelah dan di bawah) dan al-Hadis; kesemuanya adalah ajaran Nabi. Maka sesiapa yang mengikut, mengembang dan berakhlak seperti diajar oleh Nabi, tidaklah menjadikan atau menganggapnya ia adalah seorang Nabi.


Semoga jahatnya mereka sang manusia yang tergamak memfitnah 'penceramah' dan Tok Guru Nik Abd Aziz akan menerima kebenaran. Harap juga Allah SWT mengampuninya jua. 
 
 http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM, NAK TANYA VIDEO NI...TOK GURU BETUL KE USTAZ KAZIM BETUL

http://www.youtube.com/watch?v=3myU-d5vDWU

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman