09 April 2013

BN belum tentu letak Ibrahim Ali sebagai calon dalam PRU 13



KUALA LUMPUR, 9 April — Barisan Nasional (BN) masih belum pasti lagi sama ada mahu meletakkan Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di atas tiket parti komponen mereka dalam Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hujung minggu lalu dalam satu program anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) di Selangor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar BN mencalonkan Ibrahim kerana menurutnya orang seperti presiden NGO itu berguna kepada masyarakat.

Ibrahim walau bagaimanapun dilihat sebagai batu penghalang kepada Datuk Seri Najib Razak untuk merealisasikan konsep 1Malaysia kerana lantang memperjuangkan hak orang-orang Melayu walaupun ianya telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tak taulah,” kata Mustapa yang juga merupakan Pengerusi BN Kelantan apabila ditanya mengenai pencalonan Ibrahim dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider bulan lalu.
Sabtu lalu, Dr Mahathir berkata Ibrahim adalah orang yang patut disokong dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) kerana beliau adalah pihak yang mahu merealisasikan gagasan 1 Malaysia anjuran Najib.

“Kalau ada banyak orang macam Ibrahim ini, Malaysia akan selamat ... Inilah orang yang kita patut sokong, dia tidak pentingkan diri,” katanya di hadapan hampir 5,000 penyokong Perkasa.
“Saya harap Barisan Nasional akan bagi tempat kepada Ibrahim Ali untuk bertanding,” kata bekas perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu lagi.

Dr Mahathir juga dalam ucapannya berjanji akan turun berkempen untuk Ibrahim sekiranya BN mencalonkan pemimpin pendesak Melayu itu sekali lagi di kerusi Pasir Mas.

“Jika Ibrahim dijadikan calon saya akan pergi ke Pasir Mas, untuk berkempen,” kata Dr Mahathir lagi disambut sorakan penyokong Parkasa yang hadir.

Menurutnya lagi, Perkasa bukan calang-calang pertubuhan kerana mereka mempunyai keanggotaan yang lebih ramai daripada PAS.

“Dia punya Perkasa bukan calang-calang ... ada 400,000 ahli, mungkin lebih besar daripada PAS,” tegas Dr Mahathir.
Tambah veteran Umno itu lagi, dengan penubuhan Perkasa itu juga, mereka bukan berniat untuk bertanding sebaliknya menyuarakan sokongan kepada BN dalam PRU 13.

“Baik juga ada Perkasa ini ... dia (Ibrahim) tubuh perkasa bukan untuk bertanding, nak sokong BN, tiap kali dia bercakap dia puji Najib, dia juga nak satu Malaysia,” katanya lagi.

Pilihan Raya 2013 akan diadakan tidak lama lagi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon, hari pengundian awal / pos serta hari membuang undi.

BN dan Pakatan Rakyat (PR) akan merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

The Malaysian Insider.

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman