27 April 2013

Husam iringi jenazah Shaharuddin hingga ke kubur


PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mengiringi jenazah bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi semalam sehingga ke tanah perkuburan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi semalam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.

Solat jenazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.

Husam dalam kenyataannya melahirkan sedih yang amat sangat dengan kejadian ini.

"Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di  Putrajaya  pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus  melaksanakan tugas mereka.

"Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera," kata Husam dalam kenyataannya.

Bagi Husam, apa yang berlaku ini menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti  yang diharapkan.

"Saya ragu-ragu sama ada sistem CCC (communication control n command) dengan jaringan cctv benar-benar berfungsi atau tidak," katanya.

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman