29 April 2013

Isteri Exco Kelantan meninggal dunia

KOTA BHARU: Isteri anggota Exco Kerajaan Kelantan, Datin Fahimah Mahmod, 49, meninggal dunia jam 10.35 malam tadi di Hospital Pakar Perdana, di sini kerana mengidap barah paru-paru.

Datuk Abdul Fattah Mahmood yang juga calon PAS bagi Dun Bukit Panau bersama keluarga terdekat termasuk ibu allahyarham berada di sisi isterinya itu di saat akhir.

Menurut Pegawai Khas Abdul Fatah, Azhar Mohammad, allahyarham tidak sedarkan diri sejak dua hari lalu selepas melakukan pembedahan.

Jelas Azhar lagi, masalah penyakit berkenaan mula disedari lebih dua bulan lalu, bagaimanapun ianya telah berada di tahap empat.

Katanya lagi, dalam tempoh itu allahyarham bertarung dengan penyakit yang bahaya itu.

“Namun allahyarham seorang yang kuat, seorang isteri dan muslimat yang hebat apabila sentiasa memberikan sokongan pada  suami di saat akhir hidupnya.

“Bukan hanya sewaktu datin sihat, sebaliknya ketika allahyarham sakitpun sentiasa memberikan semangat dan dorongan pada Datuk,” ujarnya.

Azhar menambah kata, Sabtu lalu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah menziarahi allahyarham yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya bagi pihak datuk mengucapkan terima kasih kepada semua  yang telah membantu allahyarham sama ada secara langsung atau tidak termasuk menziarahi serta mendoakan kesembuhan allahyarham,” ujarnya.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Kira-kira jam 12.30 malam tadi, jenazah allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Chica.

Allahyarham merupakan seorang guru berijazah dan mengajar di Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin Pasir Pekan.

Jenazah allahyarham akan disemadikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongor, Kota Bharu.

Sebelum itu jenazah akan disembahyangkan di Masjid Muhammadi Kota Bhar

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman