07 April 2013

Kesal kubur peneroka terbiar



REMBAU – Barisan kepimpinan Pas Dun Kota berasa kesal dan kecewa apabila beberapa lokasi yang berpotensi dibangunkan sebagai lokasi bersejarah khususnya di daerah Rembau tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Penyelaras Pas Dun Kota, Ghazali Mohd Som berkata, antara lokasi yang telah dikenal pasti ialah lokasi kubur dipercayai menempatkan peneroka asal Kampung Penajis, dekat sini, iaitu Datuk Najuh.

Menurutnya, atas dasar itu, pihaknya telah menjalankan satu program gotong-royong di lokasi berkenaan bagi membersihkan kawasan yang menempatkan enam kubur lama.

“Kita harap lokasi ini akan dapat di naik taraf oleh pihak berkaitan memandangkan ia menjadi lokasi bersejarah terutamanya tempat atau perkampungan ini merupakan tempat pertabalan empat orang Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan bermula dari Yamtuan Besar pertama iaitu Raja Melewar pada tahun 1721 Hijrah hinggalah Yamtuan Sati pada tahun 1826 H.

“Malah, nama kampung ini iaitu Penajis juga menimbulkan persoalan kerana mengikut catatan Tun Seri Lanang (1612), tempat ini disebut sebagai Penajuh. Resende (1638) pula menamakan sebagai Panagim, manakala, Gabenor Belanda di Melaka, Bort (1678) telah menamakan lokasi berkenaan dengan tiga versi ejaan iaitu Panagie, Pannage dan Pannagie,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kubur tersebut, baru-baru ini.

Ghazali berkata, Sungai Penajuh atau Panagim itu merupakan nama sungai yang mengalir dari pendalaman Rembau dan Kuala Penajuh atau Kuala Linggi merupakan pintu masuk peneroka Sumatera ke Rembau dan Naning sejak abad ke-12 hingga ke-17.

“Bagaimanapun, nama Penajuh atau Penagim telah ditukar kepada Linggi oleh Kerajaan Inggeris. Dalam bahasa Sanskrit, Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Jadi berkemungkinan Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan.

“Oleh itu, kita harap agar nama kampung ini dapat ditukar ke Penajuh atau Penajeh supaya ianya bersesuaian dengan sejarah asal kampung ini.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Abdul Rahman Ahmad, 72, berkata, lokasi berkenaan sememangnya diketahui penduduk kampung sebagai lokasi peneroka asal kampung berkenaan, namun ianya tidak dijaga dan terbiar begitu sahaja.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman