09 April 2013

Kokain, Syabu Bernilai RM1.2 Juta Dirampas, Tiga Warga Asing Ditahan


     

       KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga warga asing dan merampas kokain dan syabu yang kesemuanya bernilai RM1.2 juta di ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata warga asing itu berumur antara 32 dan 42 tahun yang terdiri dari dua warga Filipina dan seorang Nigeria.

Polis memberkas dua warga Filipina itu dan merampas 18 bungkusan plastik kokain seberat 3.01 kilogram bernilai RM900,000 di dalam sebuah bagasi dan disembunyikan dalam gulungan kertas faksimili, kertas pelekat dinding dan juga buku di sebuah hotel di Jalan Pudu kira-kira pukul 11.30 malam.

"Suspek dipercayai baru tiba dari Colombia ke Rio Janeiro melalui Dubai sebelum tiba ke KLIA. Keadaan suspek yang mencurigakan menyebabkan kami mengekori suspek sehingga ke hotel dan seterusnya memberkas mereka. "Kami percaya kokain tersebut untuk diseludup ke negara lain iaitu Hanoi, Vietnam dan mereka cuma singgah sebentar di sini di atas sebab-sebab tertentu," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Pada hari yang sama, empat bungkusan plastik syabu seberat kira-kira 1.5 kilogram bernilai RM300,000 pula ditemui dalam sebuah bagasi seorang warga Nigeria yang baru tiba dari Kaherah.

Suspek dipercayai datang dari Abuja sebelum transit di Kaherah seterusnya keKLIA.
"Kami dapati hasil pemeriksaan, beg tersebut telah diubah suai di bahagian dalam sebelah kanan dan kiri beg," katanya.

Noor Rashid berkata kesemua mereka kini ditahan reman sehingga 14 April untuk disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.-BERNAMA

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman