15 April 2013

Pasangan Adik Beradik Antara Yang Diburu Berhubung Kes Tetak

KEMAMAN: Sepasang adik beradik merupakan antara empat suspek utama yang sedang diburu setelah dipercayai terbabit dalam kes tetak berhubung pemasangan bendera parti di Kemaman pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga30-an yang merupakan penduduk tempatan.

"Kita juga masih mengesan seorang lagi individu yang juga dipercayai penduduk tempatan," katanya.

Menurutnya, pasangan adik beradik itu pernah ditahan dan didakwa Rabu lalu kerana mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran dengan membuat bising di markas parti politik.

Mahoharan meminta kesemua suspek menyerah diri bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 11 malam itu, seorang pekerja parti yang berusia lingkungan 40-an cedera parah setelah ditetak dengan parang dan dipukul dengan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti.

Mangsa dilapor dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.-BERNAMA

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman