23 April 2013

PRU13: Husam akan hadir majlis anak Kelantan bersama Tok Pa


PUTRAJAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Putrajaya, akan hadir dalam satu majlis Kerajaan Pusat bersama anak-anak Kelantan yang diadakan tengahari ini di Dewan Perdana A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), tengahari ini.

Bercakap kepada Harakahdaily, Husam memberitahu majlis makan tengahari tersebut diatur khas oleh kerajaan yang dihoskan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Mohd Ali Hamsa.

"Selaku anak Kelantan, saya akan hadir, insya Allah jika diberi peluang saya akan beramah mesra dengan pegawai-pegawai kerajaan dan anak-anak Kelantan," ujarnya. Harakahdaily

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman