11 April 2013

PRU13: Ibrahim Ali Umum Pertahan Kerusi Parlimen Pasir Mas



KOTA BHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12).

"Atas tiket apa saya akan bertanding itu tunggulah hari penamaan calon atau sebelum hari itu. Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi, tunggulah saya akan umumkan," katanya ketika membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, sekiranya beliau dipilih bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), sudah tentu ia merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang mahu terus berbakti kepada pengundi Pasir Mas.

Suruhanjaya Pilihan Raya pada Rabu mengumumkan di Putrajaya bahawa haripengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 5 Mei manakalatarikh penamaan calon ialah 20 April.
Ia susulan pembubaran Dewan Rakyat 3 April lepas.

Ibrahim berkata, beliau telah membuat persiapan untuk terus menabur bakti kepada warga Pasir Mas yang menurutnya mahu beliau terus mewakili mereka.

Sehubungan itu, beliau akan 'bercuti' daripada menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mulai Rabu hingga tamat PRU-13, dan tugas itu akan dipangku timbalannya, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Sebagai rekod, pada pilihan raya umum lalu, Ibrahim yang bertanding atas tiket PAS menang kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon BN, Ahmad Rosdi Mahamad dengan majoriti 8,991 undi. - BERNAMA

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman