24 April 2013

PRU13: Logo 1 Malaysia boleh digunakan ketika hari mengundi-SPR



Wan Ahmad Wan Omar mengadakan lawatan ke bahagian Parlimen Gelang Patah. — Gambar oleh Mohd Farhan DarwisJOHOR BARU, 24 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari in mengesahkan logo “1 Malaysia” boleh digunakan oleh ketika hari mengundi kerana logo berkenaan adalah  slogan pemerintah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun menegaskan logo atau simbol parti politik tidak dibenarkan di bawa masuk ke dewan pengundian semasa hari mengundi.

“Lambang 1 Malaysia boleh, itu tagline falsafah pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN), tanpa lambang parti ... lambang parti politik tak boleh,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke bahagian Parlimen Gelang Patah.

“Kalau parti politik lain ada tagline, kita tengoklah, mereka boleh guna.”
Jelas Wan Ahmad lagi, slogan “Ubah” DAP ataupun “Inikalilah” PKR, juga turut dibenarkan sekiranya pengundi memakai baju yang tertera perkataan tersebut ketika mengundi.

“Yang dilarang, nama parti, simbol parti, dacing, bulan tak boleh ... warna yang merujuk kepada parti tiada masalah,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata mana-mana parti komponen yang tidak bertanding di satu-satu kawasan juga boleh meletakkan bendera mereka di kawasan tersebut.

“Parti yang tidak bertanding tetapi berdaftar, logonya berdaftar dengan SPR, mereka boleh pasang logo dan bendera. Contoh di Gelang Patah, bendera PKR boleh dipasang walaupun DAP dan BN,” katanya lagi dan menambah ia adalah salah satu keistimewaan diberikan SPR kerana pilihan raya kali ini berlaku di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun turut memberi amaran, agar slogan yang diletakkan di kain rentang penyokong parti ketika berkempen tidak boleh menyentuh perkara yang bercanggah dengan Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Perkataan berunsur perkauman, permusuhan, menyentuh isu agama, meletakkan fatwa tidak betul, mengelirukan masyarakat dan menimbulkan kemarahan, serta menyindir pemimpin parti, kerajaan sementara pusat atau negeri itu dilarang sama sekali,” tegas Wan Ahmad.

Pasukan penguatkuasa SPR yang terdiri daripada anggota polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jelasnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan tersebut.

 The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman