11 April 2013

PRU13: PAS tanding 7 kerusi parlimen di Sarawak


KUCHING: Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid (gambar) mengesahkan PAS akan bertanding tujuh kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei depan.
Beliau berkata, perkara itu telah disahkan pada mesyuarat PAS Pusat, semalam.

Calon PAS di Sarawak diketuai oleh AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, seorang peguam yang akan bertanding di P.197 Kota Samarahan.

Kerusi lain yang akan ditandingi ialah P.200 Batang Sadong yang akan diwakili Pengarah Pilihanraya PAS Sarawak Dr.(H) Mohd Jolhi.

PAS Sarawak juga turut menurunkan dua calon muslimat iaitu di P.206 Tanjung Manis yang akan diwakili Jurina Mut yang juga Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri dan bekas calon PAS di Tanjung Datu pada PRN 2011 lalu iaitu Nani Sahari di P.213 Mukah.

Selain itu PAS juga turut bertanding di P.207 Igan yang akan diwakili oleh Ajiji Fauzan.

Lebih menarik pada kali ini, bekas personaliti TV Al-Hijrah, Mohd Zaid @ Robby Tandang bertanding di P.218 Sibuti.

Selain itu, buat pertama kalinya PAS mencalonkan ahli DHPP Sarawak di P.209 Julau, Dr Ambrose Labang Jamba. Beliau adalah bekas pegawai tadbir Sarawak.

Menurut Adam lagi, memandangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat terutamanya di kalangan anak muda, PAS Sarawak begitu yakin akan memenangi beberapa kerusi Parlimen.

Pada pilihanraya umum kali ini, 31 kerusi Parlimen akan dipertandingkan di Sarawak.

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman