27 April 2013

Takziah buat keluarga Allahyarham Shaharuddin


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak pagi tadi ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (gambar) berkata, jasa Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dalam perkhidmatannya akan dikenang sampai bila-bila.

"Saya amat merasa sedih atas insiden pembunuhan kejam Allahyaraham Datuk Shaharuddin Ibrahim.

"Lebih menyedihkan almarhum Datuk Shaharuddin adalah merupakan anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan.

"Bagi pihak PAS Negeri Sembilan saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada balu Allahyarham Datuk Shaharuddin, Datin Rahimah Ibrahim yang amat dikenali di kalangan warga pendidik dan guru di Seremban ini," katanya dalam satu kenyataan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Presint 20.

Solat janazah di Masjid Putrajaya dihadiri kira-kira 2,000 jemaah.

Sementara itu, calon PAS bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham dalam satu kenyataan pagi tadi, seperti di bawah.

Saya merasa sangat terkejut dengan peristiwa pembunuhan Datuk Shaharudin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam di  Putrajaya  pagi ini. Negara kehilangan seorang pegawai berdedikasi yang bertugas memerangi jenayah. Saya berharap warga kastam tidak patah semangat untuk terus  melaksanakan tugas mereka.

Saya berharap pihak berkuasa memandang berat insiden ini dan dapat mengesan pihak terlibat dengan segera.

Ini juga menunjukkan Putrajaya juga tidak selamat seperti  yang diharapkan. Saya ragu-ragu samada sistem CCC (communication control n command) dengan jaringan cctv benar-benar berfungsi atau tidak.

Sekali lagi saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan juga semua warga kastam seluruh negara.

Tiada ulasan:

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman