26 September 2013

Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak Telah Kembali Ke Rahmatullah Jam 11.10 Pagi.. Takziah!!!


Innalillah hi wainna ilai hi rohjiun...

Dari Allah kita datang dan kepada allah kita akan dikembalikan....

Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali kerahmatullah jam 11.10 pagi tadi...


Al Fatihah


"Wahai Allah, ampunilah pemimpinku Ustaz Haji Azizan, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya."

Setahun tadah air hujan


CHUKAI – Gara-gara bekalan air dipotong akibat bil air tertunggak, sebuah keluarga di Kampung Alor Acok, Jalan Abdul Rahman, di sini, terpaksa menadah air hujan sejak lebih setahun lalu untuk kegunaan harian termasuk berwuduk, mandi serta membasuh pakaian.

Namun penderitaan itu berakhir apabila Adun Chukai, Hanafiah Mat membantu melangsaikan bayaran bil air berjumlah RM1,030.75.

Hayani Abdullah, 54, berkata, bantuan itu sangat bermakna sekali gus menamatkan kesukaran hidup mereka selepas bekalan air di rumah sewa dihuninya bersama suami, Muda Nik, 59 dan kakak yang terencat akal, Rosnani, 56, dipotong pada 15 Mei tahun lalu.

“Hidup dalam keadaan tiada bekalan air, sangat seksa. Selepas bekalan air dipotong, saya tadah air di kawasan projek pembinaan bangunan di belakang rumah kami. Namun selepas beberapa bulan, paip di kawasan itu pun ditutup,” katanya.

Menurutnya, suaminya kemudian mengubahsuai bahagian atap  dengan meletakkan bekas takungan air berserta saluran yang mengalirkan air itu ke dalam rumah.

“Kalau hujan jam 2 pagi, kami tiga beranak tidak tidur sebab tunggu tangki penuh, kemudian kami tadah dengan besen dan baldi. Air itu bolehlah digunakan beberapa hari.

“Tapi air itu kami tidak gunakan untuk minum. Air minuman saya tadah di paip sebuah kedai alat ganti kenderaan berdekatan rumah kami. Tauke kedai itu benarkan saya tadah air di kedainya. Saya juga tadah air paip di rumah jiran dan setiap kali tadah, kami hulur sikit duit,” katanya.

Menurut ibu dua anak itu, mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa tersebut sejak 16 tahun lalu dan ketika itu, bil air sudah tertunggak sebanyak RM250 disebabkan meter air rumah itu turut dikongsi dengan dua rumah lagi.

“Mula-mula duduk di rumah ini, saya bayar bil RM200. Bil sampai di rumah saya dan bila saya beritahu jiran, mereka minta saya bayarkan dahulu. Apabila bil amaran pemotongan sampai ke rumah, saya pergi bayar lagi untuk elak dipotong," katanya.

Namun katanya, selepas berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan akibat menghidap penyakit buah pinggang, dia tidak mampu lagi membayar bil itu.

Hayani berkata, gaji suaminya sebagai pengawal keselamatan pula hanya cukup untuk menampung hidup mereka tiga beranak.

"Suami saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana menghidap diabetes. Keadaan ini menyebabkan  bil kian melambung dan kami tidak mampu membayarnya,” katanya.

 Sinar Harian

Pondok buat senjata diserbu


TANAH MERAH - Kegiatan dua lelaki termasuk seorang warga Thailand menjadikan sebuah pondok dalam kebun getah sebagai lokasi membuat senjata api tiruan untuk dijual terbongkar apabila diserbu polis, awal pagi semalam.

Pada serbuan jam 3.30 pagi di Batu 5 1/2, Kampung Bendang Nyiur, dekat sini, polis berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 26 tahun dan merampas empat laras senapang angin buatan sendiri.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sempena Ops Cantas Khas itu turut merampas beberapa peket guli digunakan sebagai peluru dan cecair spirit.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Aziz Mahmud berkata, pelbagai peralatan seperti mesin pencanai dipercayai digunakan untuk membuat dan menghasilkan senapang angin turut dirampas dalam serbuan itu.

Hasil siasatan, polis dapati rumah pondok dalam kebun getah itu dijadikan tempat membuat senjata api tiruan untuk dijual dan disyaki untuk pasaran tempatan.

“Kami percaya seorang rakan kepada suspek yang ditahan iaitu seorang warga Thailand berusia 20-an dan kini menghilangkan diri adalah ‘mastermind’ dalam kes ini,” katanya pada sidang media di IPD Tanah Merah, semalam.

Ab Aziz berkata, dua suspek terbabit dipercayai mula menjadikan pondok dalam kebun getah itu sebagai tempat membuat senjata tiruan sejak lebih dua bulan lalu.

Tambahnya, suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine itu kini ditahan reman selama empat hari, bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1960.

“Hasil maklumat diperolehi daripada suspek, senapang angin laras besi dijual RM350 selaras manakala laras paip PVC dijual dengan harga RM250.

“Saya harap mana-mana individu yang membeli atau memiliki senjata api tiruan ini segera menyerahkannya kepada polis sebelum tindakan diambil,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kerana polis percaya, ada lagi beberapa individu membuat senjata api tiruan itu.

Menurut Ab Aziz, senapang angin biasa digunakan untuk memburu binatang dan menembak ikan, namun ujian menunjukkan senjata api dirampas mampu menyebabkan cedera parah,
malah maut.

“Hasil ujian, senjata api tiruan ini mampu menembusi papan sasaran pada jarak 20 meter dan saya percaya, senjata ini sangat berbahaya, boleh sebabkan kecederaan parah, bahkan boleh membawa maut,” katanya.

 Sinar Harian

25 September 2013

Operasi Piramid 2: Sumbangan RM1000 untuk pelajar Mesir | Video

Operasi Piramid 2: Sumbangan RM1000 untuk pelajar Mesir

     
  
Kerajaan Negeri kelantan dalam mesyuarat Exco pagi tadi telah memutuskan untuk memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada 370 orang pelajar Kelantan yang terlibat dengan Operasi Pyramid 2 baru-baru ini. 

Ia bertujuan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang terpaksa membeli tiket dan membuat persiapan yang lain bagi pulang semula ke Mesir. Para pelajar boleh membuat tuntutan bermula pada 3hb Oktober 2013 di pejabat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) -kaedah pembayaran ini tertakluk kepada perubahan dan akan dimaklumkan nanti.

 Sumbangan ini diberikan hanya kepada pelajar yang dibawa balik dalam Operasi Piramid 2 dan telah membeli tiket untuk pulang menyambung pelajaran ke mesir sahaja. 

Diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa demi memastikan pendidikan anak-anak Kelantan terjamin.

 YB Dato' Dr Mohamed Fadzli B Dato Hj Hassan,
 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Kerajaan Negeri Kelantan

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman