02 Oktober 2013

Ucapan Tok Guru Nik Aziz menitis air mata di hadapan Selebriti

Tok Guru menitiskan air mata membuatkan hampir semua 60 selebriti yang hadir turut sebak. Ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Guru DBS Hj Nik Abd Aziz bin Nik Mat dalam program Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti yang berlangsung pada 29 September 2013 bertempat di Hotel De Palma Ampang.  

KTV News

Bersama artis saat paling gembira saya - TG Nik Aziz



    AMPANG: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuannya dengan para artis hijrah adalah antara perkara paling menggembirakan sepanjang 23 tahun bergelar  Menteri Besar.

Katanya, walaupun sebahagian artis merasa janggal untuk bersama dengan pemimpin politik seperti beliau, namun Tuan Guru Nik Aziz bersyukur kerana mereka  sudi untuk mengunjunginya dan beramah mesra.

“Keadaan itu berlaku membuatkan saya rasa terharu, sebak malah saya menitis air mata bila mengenangkan perkara ini.

“Mungkin ianya mustahil golongan artis untuk bersama saya, dan saya juga mungkin dianggap begitu, tetapi itulah yang berlaku,” ujarnya.

Katanya, golongan artis bukan insan yang buruk sifat malah sebaliknya mampu dijadikan ikon masyarakat apa lagi bagi mereka yang berpegang kepada syariat Islam.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti yang diadakan di sebuah hotel, dekat sini, Ahad lalu.

Program  diadakan bagi meraikan golongan artis dan selebriti yang pernah menjayakan majlis anjuran kerajaan Kelantan dari 2008 hingga 2013 terutamanya program "Bicara Selebriti".

Turut hadir  Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Antara selebriti dan artis yang hadir ialah  Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mustafa Kamal,  Noryn Aziz,  Bob Lokman, Yatt Hamzah,  Akhil Hayy, Waheeda,  Rabbani,  Ainan Tasneen dan lain-lain lagi.

Sambungnya, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya  sering 'merentas arus' dengan pihak lain untuk masa depan dan kebaikan rakyat.

“Pernah saya mula-mula pegang Kerajaan Kelantan dahulu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir nak jadikan negara ini negara perindustrian,  saya pula nak jadikan Kelantan negeri pertanian.

"Begitu juga ketika orang memandang rendah pada pekerja kilang,  saya jaga imej mereka dengan tidak membenarkan bekerja di waktu malam di samping menyeru pada mereka supaya hadir pada kelas-kelas ilmu,” ujarnya.

Begitu juga katanya, sewaktu ada segelintir masyarakat tidak suka kepada artis, Kerajaan Kelantan membuka pintunya untuk golongan itu datang bagi berkongsi pengalaman dan sebagainya.

Jelasnya, golongan artis ialah antara insan yang paling rapat dengan masyarakat.

“Mereka orang yang paling mudah untuk menarik minat masyarakat ke arah mana sekalipun.

“Andai kita membawa mereka pada jalan yang baik,  kebaikan akan mereka ikuti dan begitulah sebaliknya.  Jadi jadilah artis yang disayangi dan dihormati masyarakat,” ujarnya.

 Rizal Tahir
Harakahdaily

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman