26 Februari 2014

Kuliah Jumaat Perdana Oleh Datuk Ahmad Yakob & Ustaz Azhar Idrus




Kuliah Pagi Jumaat Perdana!!!

Sesi 1 bersama Datuk Ahmad Yakob
Sesi 2 bersama Ustaz Azhar Idrus

LIVE di http://www.kelantantv.my/v1/ & Wau FM

Jom LIKE Medan Ilmu Kota Bharu untuk info dan perkembangan terkini!

#ThisIsMedanIlmu #KotaBharu #medanilmu #KelantanTV#UstazAzharIdrus #Kelantan #MBKelantan















Jangan lupa kemunculan bigboh di Medan Ilmu jumaat ini!! 
Jemput hadir beramai-ramai!

28 RabiulAkhir 1435H / 28 Feb 2014

24 Februari 2014

Guru Tidak Perlu Teruskan Pelaksanaan PBS Sehingga Diberitahu



KUALA LUMPUR: Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Katanya penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu KPM, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru," katanya.

Selain itu, antara tidakan yang diambil KPM ialah menubuhkan Jawatankuasa Task force PBS di peringkat kementerian yang akan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.

"War Rooms PBS di peringkat KPM juga diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklum balas segera mengenainya dari masa ke semasa," katanya.

KPM juga sedang melaksanakan usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memastikan guru boleh mengakses sistem itu dengan lebih mudah dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa KPM turut menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula 17 Feb lalu untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

KPM juga, katanya, telah mengadakan perbengkelan melibatkan guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula pelaksanaan PBS pada Februari lalu dan hasilnya akan dibentangkan dalam tempoh terdekat.

"Kesemua tindakan itu diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa sama mengurangkan beban guru yang melaksanakannya," katanya.

-- BERNAMA

PAS fail permohonan ketepi penghakiman ingkar RM2 juta


KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS hari ini memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.

"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.

Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.

"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepadaThe Malaysian Insider.

Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu.

info: HARAKAHDAILY

Dua murid sekolah maut di langgar kereta di Kg Laloh Kuala Krai pagi tadi


Kuala Krai : Dua beradik berpakaian sekolah maut akibat dirempuh kereta semasa melintas jalan, dalam perjalanan kesekolah pagi tadi, kemalangan di Kampung Laloh Kuala Krai.

Kedua-dua pelajar wanita sekolah menengah itu maut di tempat kejadian akibat rempuhan kuat dan kecederaan yang parah di kepala, mayat kedua mangsa di hantar ke Hospital Kuala Krai untuk tindakan lanjut.

Salam takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat, semoga kedua-dua beradik itu dicucuri rahmat Amin, Al-fatihah.

info: BrotherSam®

23 Februari 2014

KENYATAAN AKHBAR MENTERI BESAR KELANTAN ISU TUNTUTAN ROYALTI MINYAK



Perkembangan Isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan isu tuntutan royalti minyak Kelantan yang sedang menjadi persoalan di kalangan sebahagian rakyat negeri ini. Adalah ditegaskan bahawa kerajaan Kelantan sentiasa serius terhadap tuntutan royalti minyak yang diyakini menjadi hak milik rakyat negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang bernaung di bawah Persekutuan Malaysia. Sikap ini tidak pernah berubah semenjak pentadbiran Yang Berhomat Tuan Guru Dato Bentara Setia selaku Menteri Besar sebelum ini hinggalah ke hari ini.

Inilah antara agenda yang dibawa oleh saya sendiri bersama beberapa pimpinan kerajaan negeri semasa melakukan pertemuan bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya pada 28 November 2013 yang lepas. Saya menyerahkan sendiri surat daripada kerajaan negeri Kelantan memohon agar Perdana Menteri memandang serius isu tuntutan royalti minyak yang sudah berlarutan sehingga hampir lima tahun. Saya nyatakan bahawa rakyat Kelantan berhak ke atas setiap titik minyak yang dikeluarkan dari bumi Kelantan sendiri berasaskan perjanjian yang dimeterai di antara PETRONAS dan kerajaan negeri pada tahun 1975.

Berkaitan itu saman kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak yang telah difailkan di mahkamah, pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mendapat taklimat yang disampaikan oleh Tetuan Tommy Thomas pada 30 Oktober 2013 yang memaklumkan bahawa proses perbicaraan sedang berjalan di mana peguam kerajaan negeri antara lain di dalam proses untuk mendapatkan Discovery Document daripada PETRONAS yang mempunyai lebih seribu muka surat. Pihak peguam juga memaklumkan bahawa tarikh perbicaraan sedang ditunggu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa yang terdekat. Justeru, tidak berbangkit isu bahawa Kelantan sedang menimbangkan untuk menarik balik saman yang telah difailkan.

Berhubung isu Jawatankuasa Khas berhubung pembayaran royalti minyak untuk Kelantan, kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra untuk mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam perundingan tuntutan tersebut. Baginda telah beberapa kali menyertai perundingan dan kerajaan negeri dimaklumkan bahawa rundingan tersebut sedang berjalan di mana setiap negeri yang mempunyai hasil minyak di Malaysia turut menghantar wakil masing-masing.

Justeru, tuntutan royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan ini terus diperjuangkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui pelbagai usaha. Apa yang penting ialah, sokongan rakyat Kelantan sendiri terhadap usaha-usaha kerajaan dan juga mana-mana badan bukan kerajaan bagi memastikan tuntutan ini mencapai matlamatnya demi kebaikan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim.

Salam hormat.

YANG AMAT BERHORMAT USTAZ DATO AHMAD BIN YAKOB,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 23 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 23 Februari 2014M

20 Februari 2014

Video MB Kelantan @ kebakaran Pasir Puteh





PASIR PUTEH, 19 Feb Sederet enam rumah kedai hangus dalam kebakaran di Jalan Nara di sini, Selasa malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, rumah kedai terbabit ialah kedai makan, kedai plastik, kedai komputer, kedai menjual tudung, kedai membaiki televisyen dan stor alat perabut.

Katanya 22 anggota bomba termasuk dari Kota Baharu dan Machang bersama tujuh jentera bekejar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.30 malam.

"Lima daripadanya ialah kedai setingkat yang dibina daripada kayu manakala sebuah kedai dua tingkat," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata, kesemua pemilik dan pelanggan yang berada di dalam premis terbabit sempat menyelamatkan diri, namun peniaga gagal menyelamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Mohd Shamsul Haimi Kassim, 31, berkata, ketika kejadian beliau sedang melayan pelanggan dan terdengar beberapa letupan kuat.

"Apabila saya keluar dari kedai, kelihatan api mula membakar di bumbung kedai dan saya tidak sempat berbuat apa-apa lalu menyuruh pelanggan keluar untuk menyelamatkan diri," katanya. -Bernama

19 Rabiul Akhir 1435H/ 19 Februari 2014M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Isnin, 24 Februari 2014.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 24 Februari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor & Sarawak (Kuching, Mukah & Bintulu) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 20 Februari 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan), WP Labuan, Sarawak, Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan & Sulu dijangka berterusan sehingga Isnin, 24 Februari 2014.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 24 Februari 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, Sarawak (Kuching, Mukah & Bintulu) & Reef North dijangka berterusan sehingga lewat petang, Khamis, 20 Februari 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 
Dikemaskini pada 20 Februari 2014, jam 11:06AM 

KELCHEF is coming back !!! 25 Feb to 1 March 2014...Mark your calendar & save the date now...


YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob, Menteri Besar semasa melawat tempat kebakaran di bandar Pasir Puteh

 YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob, Menteri Besar semasa melawat tempat kebakaran di bandar Pasir Puteh.
 Kebakaran yang berlaku semalam memlibatkan beberapa buah kedai dibandar Pasir Puteh.







Denggi: MPKB diminta tingkatkan usaha jaga kebersihan | Ustaz Dato' Ahma...





Sidang Media oleh YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan mengenai wabak denggi di Kelantan

19 Rabiul Akhir 1435H/ 19 Februari 2014M

KelantanTV: Tepat dan Informatif

17 Februari 2014

Kelantan laksana S3PK bagi jayakan projek pembangunan




KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan Sistem Perancangan dan Pemantauan Pelaksanaan Projek atau ringkasnya S3PK bagi menjayakan projek pembangunan yang dirancang mencapai matlamat. 

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata program yang membabitkan portfolionya, timbalan menteri besar serta exco-exco kerajaan negeri bakal dilaksanakan bersama Pakar Perunding Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan).

Menurutnya, sistem itu sebagai bukti kesungguhan kerajaan negeri di bawah kepimpinan baru untuk melaksanakan satu pentadbiran yang telus, berintegriti, cekap di dalam memperbaharui pengurusan dan pembangunan.

"Berkat kerjasama dengan Ilmuan kita sudah memutuskan terdapat 282 projek untuk dilaksanakan.

"Daripada jumlah itu, kita kenal pasti sebanyak 69 projek, program, dasar-dasar pilihan yang akan diberi keutamaan bagi tempoh 2014 hingga 2018," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat berkaitan dengan perkara itu dengan Ilmuan, di Bilik Gerakan Negeri, di sini petang tadi.

Sehubungan itu, katanya bagi memastikan kejayaan system S3PK itu, jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan S3PK telah ditubuhkan.

Sambungnya, pengerusinya adalah menteri besar, timbalan menteri besar dan anggota-anggota exconya sendiri.

Tambahnya, anggotanya pula terdiri dari sekurang-kurangnya dua orang Pegawai UPEN, Pegawai Khas masing-masing, wakil-wakil agensi pelaksana dan wakil ilmuan yang pakar dalam portfolio masing-masing.

"S3PK sebenarnya bermaksud pemacu kepada pelaksanaan projek, pemantauan dan penambahbaikan ke arah pencapaian hasil bagi projek-projek keutamaan setiap portfolio di bawah exco kerajaan negeri berdasarkan Membangun Bersama Islam," ujarnya lagi.

Beliau seterusnya menambah kata, matlamatnya untuk mencapai Kelantan penuh keberkatan, kemakmuran dan kebajikan.
Kredit Harakah Daily:

16 Feb 2013M/ 16 Rabiul Akhir 1435H

KelantanTV: Tepat dan Informatif

KELANTAN TV by Serambi Media Network

LIVE Sidang Dewan Rakyat

LIVE BOLASEPAK KELANTAN


Video streaming by UstreamHakcipta Terpelihara © 2013 Perbadanan Stadium Kelantan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Serambi Media Network (Kelantan TV News). Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman